PENCARIAN YANG TIADA KESUDAHAN

Assalamualaikum.wrh.wbt

SUATU KISAH TAULADAN YANG WAJIB DIBACA BUAT REMAJA MUDA MUDI


ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

SUATU KISAH TAULADAN YANG WAJIB DIBACA BUAT REMAJA MUDA MUDI

ibu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: ibu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3: ibu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: ibu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: ibu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: ibu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

"terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???!!"

MASHAALLAH.....

DOA APABILA MENCIUM UBUN-UBUN ISTERI


ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

DOA APABILA MENCIUM UBUN-UBUN ISTERI

(SIRI DOA-DOA PILIHAN)

"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله"

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

HUKUM WANITA MEMBUKA AURAT


ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Hukum wanita yang membuka aurat.
-buat wanita- Soal jawab kemushkilan agama al fadhil ustaz ismail kamus

4 PERKARA YANG DAPAT MEMBUKA PINTU REZEKI


ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

4 PERKARA YANG DAPAT MEMBUKA PINTU REZEKI

1. Beribadat pada waktu malam.

2. Banyak bersitighfar

3. Banyak bersedekah.

4. Berwirid pada waktu pagi dan petang.

"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

5 PERKARA BAGI ORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH


ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

5 PERKARA BAGI ORANG YANG SOLEH
DAN SOLEHAH

1. MENYAYANGI ALLAH


2. BERBUAT PERKARA YANG BAIK


3. SENTIASA MEMAAFKAN SESAMA MANUSIA


4. TIDAK MENYAKITI HATI ORANG LAIN


5. SALING MENASIHATI

"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama InshaAllah."

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

ANTARA CARA UNTUK MEMPEROLEHI REZEKI YANG DIBERKATI


ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ANTARA CARA UNTUK MEMPEROLEHI REZEKI YANG DIBERKATI

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah bersedekah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak-hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam firman Allah SWT: "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, hanyalah jika kamu menafkahkan sebahagian daripada apa yang kamu kasihi. Sesuatu yang kamu nafkahkan itu, sesungguhnya Allah mengetahui"
(Ali Imran : 92)

"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

ANTARA AMALAN TERPUJI BERSAUDARA DI DALAM ISLAM ADALAH


ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ANTARA AMALAN TERPUJI BERSAUDARA DI DALAM ISLAM
ADALAH

1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.

Sabda Rasulullah: "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya."
(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Umar al-Khattab r.a berkata, "Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umrah. Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa berdoa untuk kami bersama."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi & Ibnu Majah)

4. Bermanis muka apabila bertemu "Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan".

5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.

"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat."

6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya.
(Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)