PENCARIAN YANG TIADA KESUDAHAN

Assalamualaikum.wrh.wbt

ANTARA CARA UNTUK MEMPEROLEHI REZEKI YANG DIBERKATI


ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ANTARA CARA UNTUK MEMPEROLEHI REZEKI YANG DIBERKATI

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah bersedekah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak-hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam firman Allah SWT: "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, hanyalah jika kamu menafkahkan sebahagian daripada apa yang kamu kasihi. Sesuatu yang kamu nafkahkan itu, sesungguhnya Allah mengetahui"
(Ali Imran : 92)

"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

0 ulasan:

Catat Ulasan